NADI MAHIR Masak sesi 2 - 19
29 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 November 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Masak sesi 2 – 19. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Guru MAHIR menerangkan mengenai tips bakar kek dengan sempurna. Seterusnya, Guru MAHIR menerangkan bahan untuk pembuatan burger iaitu seperti bawang holand, cheddar slice, daun salad, tomato, mayonis, sos keju dan sos cili. Akhir sekali, Guru MAHIR menerangkan resepi patty burger ayam dan daging.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran memasak peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: